AS sambut baik hasrat Arab Saudi-Qatar buka semula sempadan

05/01/2021 12:17 PM

WASHINGTON, 5 Jan — Amerika Syarikat (AS) pada pada Isnin menyambut baik keputusan Qatar dan Arab Saudi mahu membuka semula ruang udara dan sempadan.

“Penyelesaian pertikaian selama tiga tahun itu adalah untuk kepentingan semua anggota (Majlis Kerjasama Teluk) GCC dan juga AS,” kata jurucakap Jabatan Negara dalam satu kenyataan kepada Agensi Anadolu.



Terdahulu, Kementerian Luar Kuwait mengumumkan Doha dan Riyadh telah bersetuju untuk membuka semula ruang udara dan sempadan bermula malam ini.

Perkembangan terbaru itu menandakan kejayaan dalam usaha mengakhiri krisis diplomatik yang menyaksikan Qatar berdepan sekatan oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir sejak Jun 2017.

Menuduh Qatar menyokong keganasan dan campur tangan dalam urusan dalaman mereka, keempat-empat negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha dan mengenakan sekatan darat, laut dan udara.

Qatar, yang disokong Turki, menafikan tuduhan itu dan menyuarakan kesediaan untuk berdialog bagi menamatkan kebuntuan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button