Bagaimana Muhyiddin ingin selamatkan pemimpin berjiwa ‘katak’?

Tidak perlu berselindung lagi. Tidak boleh disangkal dan tidak mampu untuk dibahaskan mengenai kedudukan ahli-ahli parlimen yang menang atas tiket parti BN, menggunakan dana Barisan Nasional dan juga jentera Barisan Nasional terlalu rapuh.

Mereka kini sedang menikmati ‘ghanimah perang’ yang diraih melalui jalan yang amat mudah. Mereka dengan bangga menghina parti yang meletakkan mereka di kedudukan sekarang tanpa sedikit pun rasa bersalah. Muka tebal setebal kulit kerbau yang setiap hari berkubang di kawah selutnya. Ada yang kata ‘kerbau kaki pendek’.

191 bahagian UMNO di seluruh negara baru sahaja selesai bermesyuarat dan lebih daripada 160 bahagian yang meluluskan usul dari akar umbi bahawa UMNO menolak kerjasama dengan PPBM dan kekalkan kerjasama dengan Muafakat Nasional diperkemaskan lagi.

Seramai 16 orang ahli parlimen dari parti UMNO melompat masuk ke PPBM sebaik sahaja BN kalah di PRU ke 14 termasuk yang menjawat jawatan Ketua Puteri Malaysia dan berjawatan timbalan menteri pada waktu itu. Kesemuanya menang dengan wang parti UMNO BN dan jentera 100% milik UMNO dan BN.

Presiden UMNO BN dengan jelas membuat kenyataan bahawa UMNO BN akan bertanding di kesemua kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRU ke 14.

Ahli parti terutama jentera UMNO BN di seluruh negara sudah siap siaga untuk menjalankan tugas bagi menghadapi PRU ke 15 yang dijangka berlaku pada bila-bila masa sahaja pada 2021.

Muhyiddin tidak boleh ‘berselindung’ di sebalik covid-19 selamanya. Beliau sendiri pun tidak selamat di kawasan parlimennya kerana UMNO bahagian Pagoh sudah membuat keputusan untuk menentang beliau sekiranya beliau bertanding di sana. Untuk rekod, Muhyiddin sendiri menang atas tiket BN, duit BN dan jentera BN sebelum beliau melompat menyokong Mahathir.

Gerakan mulakan jentera untuk PRU mengejut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker