GADIS DAKWA ZIELA JALIL KAHWINI BAPANYA SEBAGAI ISTERI KEDUA?

Hangat diperkatakan sejak semalam di media sosial mengenai seorang pelakon dan penerbit drama terkemuka apabila didakwa sudah hampir dua tahun bermadu dan bergelar isteri kedua.

Memetik sebuah portal, menurut satu sumber dipercayai, penerbit berkenaan didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bergelar Dato’ dan bernikah di sebuah masjid di ibu negara dua tahun lalu.

Malah, sumber tersebut turut mengirimkan beberapa keping gambar dan perkongsian di media sosial seolah memberi ‘hint’ bahawa dia sebenarnya sudah bergelar isteri orang.

Difahamkan, perkara itu sudah diperkatakan netizen sejak April lalu namun tiada pendedahan lanjut mengenai apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter seorang gadis bernama Lola mengakui penerbit drama yang menyembunyikan perkahwinan daripada umum itu merupakan Ziela Jalil dan juga ibu tirinya.

Gadis itu mengakui Ziela merupakan ibu tirinya dan mereka sekeluarga menerima kehadiran Ziela Jalil dengan hati yang terbuka. Katanya lagi, meskipun bapanya berkahwin lagi, namun bapanya seorang yang bertanggungjawab yang tetap sayangkan anak-anak dan ibunya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Ziela sendiri sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Ziela.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

AL-FATIHAH – IBU ZIELA JALIL KEMBALI KE RAHMATULLAH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker