China tingkat kapasiti pengeluaran vaksin COVID-19

05/01/2021 04:33 PM

BEIJING, 5 Jan — China akan terus memperkasakan lagi industri vaksin COVID-19 dan memperluas kapasiti pengeluaran untuk memastikan bekalannya mencukupi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Naib Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat Wang Jiangping pada Selasa berkata kapasiti pengeluaran negara akan terus dipertingkat sambil memastikan kualiti serta keselamatan vaksin.

Rancangan pengeluaran akan disusun dengan teliti untuk memaksimumkan keluaran dan memastikan bekalan vaksin COVID-19, kata Wang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker