PM Palestin desak AS cegah keganasan Israel

PM Palestin desak AS cegah keganasan Israel

PM Palestin desak AS cegah keganasan Israel
MOHAMMED Ishtaye bercakap dalam sidang akhbar di Tebing Barat Ramallah, pada 14 Jun tahun lalu.-AGENSI

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye mendesak kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya segera menghentikan segala bentuk keganasan dan langkah unilateral yang diambil oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan rasmi, Mohammed berkata, beliau menyatakan hasrat itu semasa pertemuan dengan Hady Amr, wakil khas AS untuk Hal Ehwal Palestin di Biro Hal Ehwal Timur, Jabatan Negara.

Menurut laporan Xinhua, kedua-dua pihak perlu membincangkan amalan unilateral yang diambil oleh kerajaan baharu Israel yang diketuai oleh Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.



“Kerajaan AS dikehendaki bertindak segera untuk menamatkan langkah dan ancaman unilateral Israel yang melemahkan pihak berkuasa negara dan secara sistematik menamatkan kemungkinan menubuhkan negara Palestin,” kata Mohammed kepada Hadi.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken dan Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan melawat ke rantau itu untuk membawa mesej harapan untuk rakyat Palestin.

“Kedua-dua pegawai AS itu harus menyampaikan kenyataan yang jelas kepada kerajaan Israel bahawa mereka perlu bertanggungjawab untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan perjanjian yang ditandatangani Israel dengan rakyat Palestin,” kata Mohammed lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau turut menggesa AS untuk memberikan tekanan sebenar kepada kerajaan Israel untuk menghentikan semua pencabulan dan membebaskan cukai hasil cukai Palestin yang telah dipotong secara haram.



Jelasnya lagi, rakyat Palestin dan kepemimpinan mereka tidak akan berdiam diri selain akan bergerak ke hadapan dalam perjuangan politik, diplomatik serta undang-undang dalam menghadapi langkah-langkah Israel.”

Semalam, Kabinet Israel bagi hal ehwal keselamatan dan politik meluluskan tindakan hukuman terhadap pihak berkuasa Palestin kerana pendekatan Palestin membawa isu keganasan sehingga ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague.

Hukuman yang dikenakan Israel termasuk pemotongan AS$39.6 juta (RM171.7 juta) daripada hasil cukai Palestin dan pembekuan permit bangunan di Kawasan C, yang berada di bawah kawalan penuh Israel di Tebing Barat.

Palestin mahu menubuhkan sebuah negara merdeka di wilayah yang dirampas oleh Israel pada tahun 1967, termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.-AFP

3 Geng 04 antara 45 dicekup

PM Palestin desak AS cegah keganasan Israel


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker