England kuat kuasa sekatan pergerakan buat kali ketiga

05/01/2021 10:23 AM

LONDON, 5 Jan — Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson pada Isnin malam mengumumkan England sekali lagi akan dikenakan sekatan pergerakan baharu sebagai usaha mengekang kes COVID-19 yang semakin merebak dengan cepat, lapor agensi berita Sputnik.

“Di England, kita terpaksa … kenakan sekatan pergerakan, langkah yang cukup sukar diambil tetapi perlu untuk membendung varian baharu ini. Bermakna kerajaan sekali lagi mengarahkan anda untuk duduk di rumah,” katanya.

Keluar hanya dibenarkan untuk urusan penting seperti membeli barang keperluan, bekerja jika tidak dapat melakukan dari rumah, bantuan perubatan atau melarikan diri daripada penderaan rumah tangga.



Sekolah rendah, menengah dan kolej akan beralih kembali kepada pembelajaran secara dalam talian bermula Selasa, kecuali anak-anak golongan rentan dan petugas untuk sektor penting.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker