Industri dron berpotensi jadi titik pertumbuhan baharu China

05/01/2021 04:12 PM

BEIJING, 5 Jan — Industri dron untuk kegunaan awam di China menyaksikan perkembangan pesat beberapa tahun kebelakangan ini, menyumbang hampir 80 peratus dalam pasaran global.

Syarikat DJI China kini menduduki tempat pertama dalam senarai pengeluar dron awam global, dengan dron gred pengguna menduduki kira-kira 70 peratus pasaran dunia.

Pakar menjangkakan industri itu akan menjadi titik pertumbuhan baharu ekonomi China.

Laporan Pasaran Dron 2020-2025 dikeluarkan firma penyelidikan dron Jerman menunjukkan, skala pasaran dron global pada 2019 mencecah USD18 bilion (RM72.1 bilion), dan diunjur meningkat sekali ganda mencatat USD42.8 bilion (RM171.6 bilion) pada 2025.

Pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron digunakan secara meluas dalam bidang seperti pertanian, perhutanan, pemetaan geografi, pemantauan alam sekitar, pemeriksaan talian elektrik dan penggambaran filem.

Industri dron turut dilihat berpotensi besar apabila berjaya mendapat pelaburan sebanyak USD4 trilion (RM16 trilion) bermula 2008 hingga 2019.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *