Suhaizan Kayat calon PRK P161 Pulai, Johor

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Suhaizan Kayat calon PRK P161 Pulai, Johor

Suhaizan Kayat telah dinamakan sebagai calon PRK P161 Pulai, Johor bagi menggantikan tempat Allahyaraham Datuk Seri Salahuddin Ayub.



Allahyarham Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 23 Julai 2023. Pada ketika itu Allahyarham merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Nama Suhaizan diumumkan oleh Presiden AMANAH menerusi satu klip video di Tik Tok rasmi Mohamad Sabu.

Suhaizan, 50 tahun pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, beliau juga merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor pada 2018-2020.



@mohamadsabu_official Pengumuman Calon AMANAH Kerusi Parlimen Pulai Dan DUN Simpang Jeram #fyp #mohamadsabu #pakatanharapan #malaysiamadani #kerajaanperpaduan ♬ original sound – Mohamad Sabu

 

Mohamad Sabu turut menamakan Nazri Abdul Rahim bagi calon N13, Dun Simpang Jeram, Johor. Berusia 56 tahun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein Onn.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button