Korban COVID-19 di Brazil terus meningkat kini cecah 196,561

05/01/2021 10:41 AM

RIO DE JANEIRO, 5 Jan – Brazil mencatatkan 543 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban keseluruhan sebanyak 196,561, umum kerajaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kementerian Kesihatan mengesahkan 20,006 kes baharu, menjadikan jumlah kes 7,753,752.

Sao Paulo, negeri paling ramai penduduk dan paling teruk terjejas, dengan 1,473,670 kes dan 46,888 kematian diikuti Rio de Janeiro sebanyak 439,345 kes dan 25,617 korban.

Pada Isnin juga Brazil mengesahkan dua kes pertama membabitkan varian baharu COVID-19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker