“MAHU TERCABUT LUTUT” – PERTAMA KALI MENGAJI DI TV, NETIZEN TERPESONA DENGAR ALUNAN ZIZI
Penyanyi Zizi Kirana sejak kebelakangan ini dilihat mula tampil dengan imej sopan dan kini sedang mengambil masa untuk memadam foto seksi di Instagram. Ramai yang menyambut baik azam penyanyi lagu ‘Eh’ itu yang mahu berubah ke arah lebih baik.
Baru-baru ini, perkongsian Zizi di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila video itu memaparkan dirinya sedang membaca Al-Quran dengan lancar sekali.
“Pertama kali tampil mengaji di kaca TV, mau tercabut lutut. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi. #RahsiaRamadhan,” tulis Zizi yang difahamkan bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti.
Klik untuk gambar besar
Meskipun pertama kali mengaji di kaca televisyen, bagaimanapun penyanyi itu dilihat langsung tidak kekok dan ramai yang terpesona dengan kemerduan suara Zizi bertaranum.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Zizi yang bukan sahaja boleh menyanyi malah boleh mengaji. Tampil manis berjubah dan bertudung serba putih, netizen turut mendoakan agar Zizi agar terus istiqamah untuk bertudung selepas ini.
VIDEO ZIZI KIRANA MENGAJI
“SATU-SATU OK!” – ZIZI MINTA NETIZEN SABAR, PERLU MASA PADAM SEMUA FOTO SEKSI