MANGSA BANJIR DI PAHANG – ALIFF SYUKRI TURUN PADANG DENGAN 10 KENDERAAN PANCUAN 4 RODA

Semua sedia maklum mengenai beberepa negeri di Semenanjung Malaysia yang terjejas terus akibat banjir antaranya Johor, Pahang dan Terengganu. Nasib masyarakat di Pahang yang terpaksa berdepan dengan bencana tersebut nampaknya mendapat perhatian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, Aliff berkata, sebagai anak kelahiran negeri Pahang, dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban masyarakat yang dilanda musibah.

“Kesianyaa.. doakan misi saya berjaya esok. Doa yg baik. Permulaan tahun 2021, kita dikejutkan dengan berita banjir besar yg berlaku dia byk negeri dan antara yg teruk terjejas adalah negeri kelahiran saya pahang..

“Sebagai anak kelahiran pahang sy turut merasai kesusahan.. Alhamdulillah rezeki anda salurkan pada saya ini saya saya salurkan pada yg memerlukan… anda juga adalah peyumbang kepada mereka dengan membeli produk2 perniagaan saya, saya adalah perantara sahaja yg meyampaikan bg pihak anda semua…,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam entri tersebut, Aliff berkongsi sebuah video yang memaparkan persediaan yang dilakukannya bersama pasukannya untuk membawa barang-barang keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Katanya, dia akan bersama-sama turun padang bersama 10 kenderaan pancuan empat roda bagi menyalurkan bantuan berkenaan di beberapa kawasan yang terjejas.

“Esok saya akan turun ke beberapa tempat yg terjejas antaranya maran,temerloh ,raub dan beberapa tempat lagi yg dibenarkan masuk memandangkan saya menerima maklumat byk jalan terputus akibat banjir yg sangat teruk…

“Doakan saya dan team selamat sampai untuk bantuan ini… kami bergerak dalam 10 buah kereta pacuan empat roda…. terima kasih bonda @bondarozitaibrahim bg pinjam kereta dan juga @baganpinang, Dato murad untuk kami meyampaikan bantuan ini…. Ada tak sesiapa yang perlukan pertolongan saya korang boleh tag ig mereka utk sy bantu,” tuturnya lagi.

Image_3.jpg

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Aliff dalam memberikan bantuan kepada mereka yang kini berada dalam kesusahan.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan bantuan untuk mereka yang memerlukan. Semoga selamat pergi dan selamat balik Datuk Seri dan team,” komen pelakon Zarina Zainuddin.

“Terharu tengok orang-orang yang berduit bantu orang-orang yang susah. Kita ni ibarat keluarga tolong-menolong satu sama lain. Kalaulah saya pun berduit, saya akan bantu semua yang susah. Semoga Datuk dimurahkan rezeki lagi, tulis pengikutnya yang lain.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker