Mudah untuk UMNO bangkit jika semua pemimpin parti kukuh, kata Puad Zarkashi

PETALING JAYA: Seorang veteran UMNO hari ini yakin pemimpin parti itu akan melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan selepas terdapat laporan Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan mereka berbuat demikian sebelum bulan depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata mudah bagi parti Melayu itu untuk bangkit apabila semua pemimpin dan akar umbi ‘solid’ (kukuh) sebagai satu jemaah.

“Jangan ada ‘power broker’ dalam parti,” katanya dalam catatan di Facebook, malam ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan akan akur keputusan parti jika diarahkan berbuat demikian.

“Tahniah KJ. Beliau akan akur keputusan MKT UMNO jika parti buat keputusan tinggalkan kerajaan Perikatan Nasional dan arah dia letak jawatan sebagai menteri.

“Bagaimana Hishamuddin (Menteri Luar)? Bagaimana Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan)? Kita yakin mereka juga akan patuh,” katanya

Terdahulu, Zahid menegaskan arahan supaya semua pemimpin parti melepaskan jawatan dalam kerajaan sebagai fitnah.

Khidmat pesanan Telegram rasmi Ahli Parlimen Bagan Datuk sebelum itu berkongsi “link” kepada laporan Suara TV itu, namun tidak lama kemudian, melabelkannya sebagai fitnah.

Bagaimanapun, dua sumber berasingan yang menghadiri mesyuarat berkenaan memberitahu FMT, arahan itu “benar”.

Khairy selepas itu berkata beliau sedia melepaskan jawatanya dalam Kabinet sekiranya diarahkan MKT.

Semalam, Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dari UMNO meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

UMNO dilaporkan semakin hampir merasmikan penarikan balik sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin akibat perbalahan berterusan dengan PPBM yang juga dipimpin perdana menteri.

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker