Siti Nordiana – Peguam Sedang Urus Proses Pengurusan Kes

, ; β€œKena Tunggu Perkembangan Susulan Dari…”

Siti Nordiana - Peguam Sedang Urus Proses Pengurusan Kes

Siti Nordiana – Peguam Sedang Urus Proses Pengurusan Kes

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memaklumkan pihak peguamnya kini sedang menguruskan proses bagi menentukan tarikh perbicaraan semula berhubung kes saman RM2.5 juta terhadap lima individu atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, pihaknya menunggu keputusan daripada mahkamah mengenai perbicaraan yang dijangka berjalan tahun hadapan.

β€œMengenai kes tersebut, pada bulan 12 ini, pihak peguam akan melakukan proses pengurusan kes untuk menentukan tarikh perbicaraan pada tahun 2023.

β€œJadi, kita kena tunggulah perkembangan susulan daripada pihak mahkamah,” katanya kepada MH.

Nana berkata sedemikian ketika ditemui pada sesi pelancaran single Menyantun Kasih, di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nana menambah, buat masa ini dia belum boleh memberikan kenyataan lanjut berhubung kes tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


β€œLagipun perkara ini, saya tak boleh nak ulas dengan lebih lanjut sebab masih lagi dalam proses,” ujarnya lagi.

Pada Julai tahun lalu, Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates di Mahkamah Sesyen Sivil di sini dengan menamakan Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan Solo, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah.

Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana Alias untuk membatalkan saman difailkan penyanyi itu terhadap mereka berhubung dakwaan fitnah di platform media sosial Instagra, lapor Kosmo!

Dua individu itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC MusicΒ Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.

Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili bintang berusia 38 tahun, selaku plaintif selepas prosiding kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.

Menurut peguam, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.

Dalam pada itu, Nana akui teruja apabila impiannya untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penyanyi lagenda tanah air, Datuk M. Nasir akhirnya menjadi kenyataan.

Malah, Nana menyifatkan penghasilan lagu ini sebagai satu pengiktirafan buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

β€œLagu ini bergenre pop tetapi turut disuntik elemen sunda dan fusion. Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Datuk M.Nasir untuk lagu ini.

β€œJadi, apa sahaja yang lagu yang beliau beri kepada saya saya akan terima kerana saya tahu hasilnya mesti terbaik.

β€œDatuk M.Nasir pun dah tahu kelebihan dan kekurangan saya sebagai penyanyi. Tak semua penyanyi berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan beliau.

β€œIa satu penghormatan buat diri saya kerana beliau sudi mencipta lagu untuk saya. Sebenarnya lama dah saya minta lagu daripada beliau cuma sekarang baru jadi kenyataan,” kongsinya lagi.

Lagu Menyantun Kasih kini sudah tersedia di seluruh platform penstriman dan muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas bermula Jumaat.

SITI NORDIANA BERHARAP BERJALAN LANCAR

Siti Nordiana – Peguam Sedang Urus Proses Pengurusan Kes

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penyatuan Umah PAS Β adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker