TIADA VIRUS HIDUP, CIP PENGESAN DALAM VAKSIN – DR AMALINA

Disebabkan ramai kalangan rakyat Malaysia yang tidak faham dan ada yang takut bila menonton video seorang jururawat pengsan yang disangka mati ketika live interview selepas beberapa minit diinjet vaksin, Pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr Nur Amalina Che Bakri, mengesahkan yang vaksin itu selamat dan tiada live virus seperti yang didakwa.

Malah katanya, vaksin Covid-19 juga tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia sebagaimana yang didakwa.

“Tengok betapa kecilnya jarum dan sangat mustahil untuk memasukkan cip dalam vaksin berkenaan.

“Tambahan lagi, kalau betul ingin mengesan kedudukan manusia, hanya boleh dikesan melalui telefon pintar serta media sosial anda,” kongsinya di IG.

Klik untuk gambar besar

DA%2B2.jpg

“Ada yang mempunyai agenda tersendiri dengan menjual barang. Ramai hanya baca tajuk yang kontroversi.

“Tetapi tidak pula membaca kertas penyelidikan, saya dan doktor lain akan terus mendidik selagi kami mampu,” tambahnya yang turut memaparkan gambar dia sedang disuntik dengan vaksin Covid-19 di United Kingdom.

Menurutnya, ramai tidak faham ilmu Sains dan percaya kepada teori konspirasi hingga mewujudkan kebimbangan yang berpanjangan.

DA%2B3.jpg

“INI BUKAN MASANYA UNTUK KITA TERUS LEKA” – DR AMALINA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker