2 HARI MENANGIS, KAK TON SEDIH HARRIS ANNUAR KENA KECAM: “ABOY ANAK YANG BAIK”

Ibu kepada pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar iaitu usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dipanggil Kak Ton itu tidak dapat menahan air mata ketika berbual dengan anak lelakinya menerusi satu panggilan video. Kak Ton mengakui dia menangis selama dua hari selepas Harris disahkan positif Covid-19.

“Mummy sedih nangis dua hari bengkak mata. Selepas itu,mummy fikir dugaan ini membuatkan Aboy kuat. Walaupun kita dalam masalah tapi Allah bagi ujian maknannya kita yang terpilih. Insya-Allah lepas ini semua akan jadi baik-baik sahaja. Mummy redha apapun. Mummy tau anak mummy kuat. Aboy sembahyang tak tinggal. Allah bagi ujian, redha saja Aboy,” katanya.

Finalis Hero Remaja 2017 itu memuat naik satu tangkapan skrin panggilan bersama ibunya di laman Instagram (IG) miliknya semalam. Dalam pada itu, Kak Ton turut meluahkan rasa simpati dengan nasib anaknya yang menerima kecaman hebat daripada netizen. Katanya, itu adalah lumrah manusia apabila melihat orang lain berada dalam kesempitan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Mummy kesian kat Aboy. Orang kutuk macam-macam, mummy tak boleh tengok. Manusia ni ada sifatnya yang bila orang jatuh lagi dia hentam. Selagi tak kena dekat mata hidung dia sendiri, dia tak akan tahu apa yang berlaku. Biarlah dorang nak pandang macam mana pun. Yang penting Aboy anak yang baik tak pernah hampakan mummy,” tuturnya lagi sambil menitiskan air mata.

Pada Isnin lalu, Harris memaklumkan menerusi IGnya bahawa dirinya disahkan positif jangkitan Covid-19 selepas menjalani ujian saringan yang pertama setelah pulang dari bercuti di Langkawi baru-baru ini.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply