4 tentera muda parah

4 tentera muda parah

4 tentera muda parah
Trak ATM yang membawa 13 penumpang terbabit kemalangan di Plaza Tol Mambau, Lebuhraya Port Dickson-Seremban (SPDH), arah Seremban, Seremban, petang semalam. NSTP/Ihsan Pembaca.

SEREMBAN: Empat anggota tentera parah selepas sebuah trak yang membawa 13 penumpang terbabit kemalangan dekat Plaza Tol Mambau, Lebuhraya Port Dickson-Seremban (SPDH), arah Seremban, di sini, semalam.

Dalam nahas jam 7 malam itu, trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dalam perjalanan ke Terminal Satu, Bandar Seremban, bertujuan menghantar penumpang pulang bercuti.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata setiba di lokasi kejadian, trak berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu merempuh konkrit pembahagi lorong plaza tol.

Katanya, akibat kejadian itu, empat mangsa termasuk pemandu cedera parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila trak tiga tan Hicom yang dipandu anggota tentera iaitu seorang lelaki berumur 25 tahun melanggar konkrit pembahagi lorong plaza tol,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, penumpang kenderaan terdiri daripada Perajurit Muda yang baru selesai tamat latihan asas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Trak sedang bergerak dari arah Markas 1 Kompeni Angkut Kem Si Rusa, Port Dickson menghala ke arah Terminal Satu, Bandar Seremban, bertujuan menghantar penumpang pulang bercuti.

“Namun, setiba di tempat kejadian kenderaan yang sedang bergerak di lorong paling kiri disyaki mengalami kerosakan brek menyebabkannya hilang kawalan lalu merempuh tembok tengah pembahagi lorong tol.

“Akibat pelanggaran, empat mangsa iaitu seorang pemandu dan tiga penumpang cedera parah.

“Lapan penumpang mengalami kecederaan ringan manakala dua penumpang tidak cedera.

“Kesemua 12 mangsa yang berumur antara 19 sehingga 25 tahun dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) oleh pihak ambulans untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

4 tentera muda parah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker