Annuar Musa sudah tidak boleh dijadikan kawan lagi, kaki dedah

Panas isu Annuar Musa kononnya mendedahkan surat sokongan Presiden Parti UMNO, Zahid Hamidi terhadap Anwar Ibrahim dan di surat tersebut tertera tandatangan Zahid serta tandatangan Najib Razak sebagai penyokong.

Surat sembah niat untuk tukarkan Muhyiddin kepada Anwar. Surat yang bertarikh 11 Oktober 2020 yang jatuh pada hari Ahad dan tanpa ada nombor rujukan di kepala surat rasmi parti UMNO.

Annuar Musa tidak dedahkan siapa pembekal surat tersebut cuma menurut pandangan beliau surat tersebut adalah asli. Lagak beliau ketika pendedahan adalah umpama seorang pakar forensik tulisan dan pakar forensik jenis kertas. Yang penting beliau bukannya pakar video mirip Azmin Ali.

Mungkin ini pengakhiran perjalanan politik Annuar Musa dengan label UMNO BN.



Siapa lagi mahu percayakan Annuar Musa selepas ini? Muhyiddin tidak gerun kepada kaki dedah yang tidak tahu betul atau tidak bukti di tangannya? Mana tahu dia akan dedahkan siapa Nika Gee?

Presiden UMNO perlu tegas. Maruah pemimpin nombor satu UMNO dihina sebegitu rupa. Dipanggil sidang akhbar hanya untuk tunjukkan protes tidak berpuashati sedangkan ketika dipecat beliau menegaskan beliau berterima kasih kerana diberi peluang. Rupanya itu sebuah lakonan dan wataknya tidak pernah berubah.

Sombong dan bongkak dan lupa asal usul sebelum dijaga oleh UMNO BN.

“Pecat terus dari UMNO adalah tindakan sewajarnya” – akar umbi
“Lokman Adam dipecat kerana menghina presiden” – akar umbi



Nasib Annuar Musa kerana silap diri sendiri atau pegawai lantikannya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker