Banjir: Hanya 20 pusat pemindahan masih dibuka di Johor

KOTA TINGGI 05 JANUARI 2021. Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kolej Vokasional Kota Tinggi, KHIS/ZIN AHMED

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor bertambah baik apabila tinggal 20 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada pagi ini, berbanding 26 PPS dibuka di enam daerah, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir di negeri ini turut menunjukkan, penurunan kepada 2,313 orang daripada 575 keluarga, berbanding 3,182 orang daripada 807 keluarga, semalam.

Katanya, Kota Tinggi terus mencatatkan penurunan iaitu seramai 1,110 orang daripada 264 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS seluruh daerah itu, berbanding 1,793 orang daripada 451 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan semalam.

“Kluang juga mencatatkan penurunan dengan 685 orang daripada 170 keluarga ditempatkan di tiga PPS, manakala Johor Bahru masih kekal menempatkan 72 orang daripada 24 keluarga di sebuah PPS.

“Batu Pahat juga menurun dengan hanya 47 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di sebuah PPS, namun Mersing meningkat sedikit dengan 310 orang daripada 81 keluarga di empat PPS, berbanding hanya 307 orang daripada 82 keluarga semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, banjir di Johor yang memasuki hari ketujuh setakat ini menunjukkan laluan yang masih ditutup untuk semua kenderaan, berikutan dinaiki air iaitu Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi dan Jalan Haji Suhud, di Johor Bahru.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker