KEITH FOO DALAM PROSES BUANG SEMUA TATU: “HANYA INGIN JADI CLEAN, KEMBALI AKTIF…”

“Masih dalam proses untuk buang tatu. Rasa baru buang 10 peratus macam itu. Sakit memang sakit tapi saya hanya ingin jadi clean (bersih). Selain itu, oleh sebab sekarang ini saya ingin kembali aktif dalam bidang lakonan, saya tidak mahu produksi rasa susah dengan saya yang banyak tatu untuk menjayakan sesebuah karakter,” tutur pelakon Keith Foo.

Pelakon yang popular menerusi drama ‘Ariana Rose’itu memberitahu tatu di badannya masih berbaki 80 peratus untuk dibuang secara sepenuhnya. Kata Keith atau sebenarnya, Foo Chuan Chin, dia tetap nekad untuk membuang tatu di bahagian badannya walaupun proses membuang tatu sangat menyakitkan.

Ditanya apa yang boleh digambarkan tentang kesakitan membuang tatu, jawab pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian ‘Love You Mr. Arrogant’ itu: “Rasa sakitnya macam kulit kita terbakar. Mujur ada teknologi laser.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

“Saya nak buang tatu bukan kerana dipaksa mana-mana pihak. Ini memang kehendak saya sendiri. Macam saya cakap tadi, saya tak nak menyusahkan produksi,” jelasnya.

Tahun lalu, Keith mendedahkan hasrat untuk membuang tatu di bahagian badannya namun usahanya itu bukanlah bermakna dia ingin memeluk Islam.

Image_3.jpg

Cliff Umar jawab isu tatu, dua isteri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker