Nasib Annuar Musa kerana silap diri sendiri atau pegawai lantikannya?

Ketika Annuar Musa duduk panaskan kerusi dewan parlimen di blok pembangkang sebaik sahaja Barisan Nasional kalah di PRU ke 14 amat baik sekali. Nampak jelas fokus beliau dalam melawan kerajaan Mahathir ‘pimpinan Dap’. Lantang membahas, bernas dan nampak sangat berwibawa.

Setiap kali sesi perbahasan di parlimen, Annuar Musa begitu dinamik dan bersemangat menyekolahkan keseluruhan ahli parlimen pembangkang samada yang senior dan yang hingus masih meleleh. Pujian melangir diterima beliau oleh akar umbi dan watak karismatik tersebut menyebabkan pihak kerajaan Mahathir begitu berhati-hati untuk membawa isu rakyat dan negara di sidang parlimen.

Itu kisah dahulu, 22 bulan ketika menjadi pembangkang.

Sebaik sahaja Annuar Musa dilantik menjadi Menteri Wilayah oleh Muhyiddin Yassin, beliau masih ‘ok’. Ketika itu arus Muafakat Nasional yang kuat sebelumnya mula dilihat menjadi angin sepoi bahasa yang tidak bermaya.

Suara Annuar mula menjadi seperti beliau adalah broker politik murahan. Seolah budak suruhan Muhyiddin, beliau mula menyusun bait-bait kononnya UMNO BN di dalam keadaan lemah dan perlu bergabung dengan PPBM parti di bawah Muhyiddin dan bukannya bergantung harap dengan PAS sahaja dengan label Muafakat Nasional.

Hampir setiap hari Annuar seakan menyayi ‘lagu PPBM – PN’. Banyak kenyataannya seolah ‘menjual’ nama Presiden parti tetapi hakikat sebenarnya ianya belum tentu betul.

Maka bermulalah setiap hari Annuar kena balun oleh majoriti akar umbi dan Annuar terkial-kial meraban menjawab tidak lagi seperti di dalam dewan rakyat. Dinamika pertahanan diri ke laut malah rakyat melihat beliau hanya sekadar membebel dan bukannya menjelaskan duduk perkara sebenar.

Pegawai Annuar hanya sibuk dengan ‘selfie’ dan mengedar buku karangan sahaja. Bos kena balun tersungkur, mereka sedang berlibur dan berhibur?

Video Annuar Musa: Boleh bekerjasama dengan DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker