Ekori wanita di Mont Kiara, lelaki dicari polis

Oleh – Syeikh Baran


Ekori wanita di Mont Kiara, lelaki dicari polis

Polis sedang mengesan individu yang didakwa mengekori seorang wanita di Arcoris Mont Kiara, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita itu yang berusia 29 tahun, mendakwa diekori pada 11 pagi, Isnin lalu.

“Siasatan awal dilakukan mendapati suspek disyaki mengekori pengadu dari belakang hingga ke Kiara 163 di Jalan Kiara, di sini.

“Ketika kejadian, pengadu berjalan bersendirian dan ada merakam video suspek mengekorinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, pengadu juga memuat naik dua rakaman video berdurasi 10 minit satu saat melalui satu pautan sebuah aplikasi media sosial yang menerima lebih 2,000 siar semula.

“Usaha mengenal pasti dan mengesan suspek masih diteruskan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes dan sebarang maklumat boleh disalur ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker