POSITIF COVID-19, HARRIS ANNUAR DIKECAM – PIHAK PENGURUSAN NAFI PELAKON ITU BERPESTA DI LANGKAWI

Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar sebelum ini menerusi laman Instagram miliknya mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas balik bercuti di Langkawi baru-baru ini. Bagaimanapun, Harris telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen di laman sosial.

Lebih-lebih lagi, sebelum itu Harris memuat naik beberapa keping foto sedang bercuti di tempat yang berisiko mendapat jangkitan dan dilihat tidak mengenakan pelitup muka.

Menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh netizen itu, pihak pengurusannya iaitu Absolut Management tampil menjelaskan situasi sebenar membabitkan artis naungan mereka itu.



Absolut Management menafikan Harris berpesta di sebuah hotel di Pulau Langkawi antara 26 Disember 2020 sehingga 1 Januari lalu. Dalam kenyataan itu, dimaklumkan Harris juga tidak berpesta di mana-mana lokasi lain di sana atau berada di tempat awam yang sesak.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sebelum ini kami mengambil langkah berdiam diri atas sebab tertentu tetapi disebabkan banyak perkara yang tidak benar tersebar, pihak pengurusan berasakan perlu untuk menjelaskan perkara sebenar agar ia tidak menjadi lebih teruk.



“Harris berada di Langkawi pada 26 Disember sehingga 2 Januari. Sepanjang di sana, Harris mengamalkan prosedur operasi standard dan memakai pelitup muka sepanjang masa serta mengimbas aplikasi MySejahtera. Harris tidak pergi ke mana-mana pesta atau tempat yang sesak.

“Pihak pengurusan juga ingin menyangkal bahawa ada spekulasi yang mengatakan Harris berpesta di Hotel Dash, Langkawi dan ia adalah tidak benar. Harris juga tidak pernah pergi ke Restoran Cili Kampung seperti yang diperkatakan.

“Sepanjang di sana, Harris mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka sepanjang masa serta mengimbas MySejahtera setiap kali ke tempat yang dilawati sepanjang berada di sana.

Image_3.jpg



“Pihak pengurusan juga ingin mengesahkan Harris tidak pergi ke mana-mana pesta atau tempat yang sesak,” kata pihak pengurusan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di Instagram milik Harris Anuar.

Bersama kenyataan itu, Absolut Management turut berkongsi tentatif perjalanan dan lokasi yang dilawati oleh bekas peserta program Hero Remaja 2017 itu. Sementara itu, Absolut Management meminta orang ramai tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan tidak berasas terhadap artis naungan mereka itu.

Dalam kenyataan sama, disertakan tarikh dan tempat penginapan serta yang dikunjungi Harris sepanjang berada di sana. Antaranya, pada 26 Disember Harris menaiki Langkawi RORO Ferry pukul 12 tengah hari; 26 dan 27 Disember di Chupun Avillage; 27 sehingga 29 Disember di Ab Motel; 29 Disember sehingga 2 Januari di Camar Resort; dan pulang ke Kuala Lumpur pada 2 Januari lalu dengan menaiki penerbangan Air Asia AK 6303 pukul 12.50 tengah hari.

Image_4.jpg



Sementara itu, tempat dan restotan yang dikunjungi Harris antaranya pada 27/28 dan 29 Disember di Bamboo Corner, Western Pantai Chenang Scuba Cafe dan Kak Yan Nasi Campur; 28 Disember/ 1 Januari di Nasi Dagang Pak Malau; 28 Disember di Hidden Cafe Pantai Tengah dan Pulau Tasik Dayang Bunting; 30 Disember di 420 Burger Station; 31 Disember di Restoran Sg Lubuk Buaya, Arang Grill Pantai Tengah, Langkawi Sky Cable, 3D Art, Skyrex dan Sky Dome; dan 1 Januari di Kalut.

Akhir sekali, pihak pengurusan berharap orang ramai tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tidak benar membabitkan Harris: “Pihak pengurusan ingin menggesa dan menasihati kepada sesiapa yang berada di tempat awam yang dikunjungi Harris untuk pergi membuat ujian Covid-19 dalam kadar segera,” tuturnya lagi.

“Diharap dengan penjelasan ini orang ramai tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar dan tidak tepat. Kami juga memohon agar diberikan ruang kepada Harris Anuar untuk berehat dan berdoa agar dia kembali pulih seperti biasa.

“Pihak pengurusan menasihati mereka yang berada di tempat-tempat dikunjungi oleh Harris Annuar untuk pergi melakukan ujian Covid-19 dalam kadar segera. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan menyokong Harris Annuar,” ujar pengurusan.



BARU PULANG BERCUTI DI LANGKAWI – HERO REMAJA, HARRIS ANNUAR POSITIF COVID-19

 

w



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button