Saint-Etienne sekat aksi sulung Pochettino kendali PSG

Hebahkan !!!

Saint-Etienne’s French midfielder Romain Hamouma (2ndL) scores a goal despite Paris Saint-Germain’s Costa Rican goalkeeper Keylor Navas (2ndR) during the French L1 football match between Paris-Saint Germain (PSG) and Saint-Etienne, on January 6, 20201 at Geoffroy Guichard stadium in Saint-Etienne. (Photo by Philippe DESMAZES / AFP)

PARIS: Perlawanan pertama Mauricio Pochettino sebagai pengendali Paris Saint-Germain (PSG) berakhir dengan keputusan 1-1 di Saint-Etienne yang menyaksikan pasukan baharunya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Ligue 1, Lyon.

Juara bertahan liga itu ketinggalan hasil jaringan awal Romain Hamouma tetapi Moise Kean kembali menyamakan kedudukan.

Bekas bos Tottenham itu disahkan sebagai pengganti Thomas Tuchel Sabtu lalu, empat hari selepas pemecatan pengendali dari Jerman itu diumum secara rasmi.

Namun tugas berat yang menanti bekas pertahanan PSG itu jelas terlihat di Stade Geoffroy-Guichard selepas misi mempertahankan kejuaraan kelab Paris itu sekali lagi menerima tamparan hebat.

Lyon bangkit di akhir permainan untuk mengatasi Lens 3-2, dibantu dua jaringan Memphis Depay.

PSG kini melonjak ke tangga kedua mengatasi Lille dengan perbezaan gol, selepas skuad kendalian Christophe Galtier dikejutkan Angers 2-1 di laman sendiri.

– AFP

Leave a Reply

%d bloggers like this: