Banjir Terengganu makin buruk, 12,899 mangsa direkodkan

Keadaan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai yang turut dinaiki air. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

 

CHUKAI: Mangsa banjir Terengganu meningkat 12,899 daripada 3,234 keluarga setakat jam 8 pagi ini dengan Kemaman daerah yang paling terjejas diikuti Besut, Dungun dan Setiu.

Susulan itu 50 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di seluruh Terengganu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Kemaman terus menunjukkan pertambahan mangsa apabila seramai 11,065 mangsa daripada 2,719 mangsa.



Katanya, ia menunjukkan peningkatan berbanding tengah malam tadi yang hanya merekodkan seramai 10,734 keluarga daripada 2,640 mangsa dipindahkan ke 28 PPS.

“Jumlah mangsa banjir di Dungun juga bertambah kepada 1,574 orang daripada 452 keluarga di 17 PPS berbanding 1,565 orang daripada 450 keluarga di 16 PPS.

“Bagaimanapun, jumlah mangsa di Hulu Terengganu dan Besut tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Di Hulu Terengganu, empat PPS dibuka bagi menempatkan 51 keluarga membabitkan 207 mangsa sementara di Besut, 53 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di satu PPS,” katanya.



Che Adam berkata, keadaan cuaca ketika ini mendung namun ada kalanya hujan di beberapa tempat manakala, paras air sungai juga menunjukkan trend menurun di sebelah hulu.

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Sebuah keluarga meredah banjir untuk ke tempat yang lebih selamat selepas rumah mereka dinaiki air ketika tinjauan di bandar Chukai semalam. - Foto BERNAMA

Sebuah keluarga meredah banjir untuk ke tempat yang lebih selamat selepas rumah mereka dinaiki air ketika tinjauan di bandar Chukai semalam. – Foto BERNAMA



Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button