Biden selar ‘pemberontakan’ di Capitol AS

US President-elect Joe Biden

07/01/2021 11:44 AM

WASHINGTON, 7 Jan — Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyelar tindakan “pemberontakan” pada Rabu di Capitol AS, setelah beberapa penyokong pemimpin Republik, Donald Trump, merempuh masuk ke bangunan itu, memaksa pengiraan undi pilihan raya dihentikan, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Ini bukan protes, ini pemberontakan,” kata Biden di Wilmington, Delaware. “Bukan juga perbezaan pendapat tetapi kekacauan. Ia juga satu hasutan.”



Pemimpin Demokrat itu turut meminta Trump bercakap di televisyen sebagai memenuhi ikrarnya dan mempertahankan Perlembagaan dan menuntut tindakan itu dihentikan.

Trump tidak mengakui kekalahannya kepada Biden dalam persaingan presiden 2020 dan menuduh wujudnya “penipuan” pada pilihan raya itu, yang telah ditolak oleh beberapa peringkat mahkamah AS berikutan kekurangan bukti.

Dalam satu klip video yang disiarkan di Twitter berikutan situasi huru-hara itu, Trump menggesa penyokongnya “pulang” selepas demonstrasi.

“Pulanglah sekarang. Kita perlu berdamai,” kata presiden. “Kita memiliki undang-undang dan perlu mematuhinya. Kita harus menghormati kedaulatan undang-undang. Kita tidak mahu ada yang cedera.”



Awal hari ini, Kongres AS secara bersama bersidang untuk mengesahkan kemenangan Biden, tetapi Dewan dan Senat, yang secara terpisah membahaskan bantahan undian pilihan raya Arizona, terpaksa dihentikan apabila penunjuk perasaan merempuh Capitol.

Pertelingkahan antara pegawai penguatkuasa undang-undang dan penunjuk perasaan telah menyebabkan kecederaan pada kedua-dua pihak. Menurut polis, seorang wanita meninggal dunia kerana ditembak di perkarangan Capitol.

Pegawai penguatkuasa pada Rabu malam mengumukan bangunan Capitol AS dalam keadaan selamat, setelah perintah berkurung dilanjutkan sehingga Khamis pagi.

Sementara itu, polis mengusir penunjuk perasaan yang berada di Capitol Hill.

Speaker Dewan Nancy Pelosi, dalam sepucuk surat kepada anggota kabinet berkata Kongres akan meneruskan pengiraan undi pilihan raya pada Rabu malam setelah Capitol selamat untuk digunakan.

AS: Penunjuk perasaan serbu bangunan Capitol

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker