EU lulus penggunaan vaksin COVID-19 keluaran Moderna

BRUSSELS, 7 Jan — Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu meluluskan vaksin COVID-19 yang dibangunkan Moderna, syarikat farmaseutikal Amerika, vaksin kedua yang bakal digunakan negara di blok itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Suruhanjaya Eropah memberi kebenaran pemasaran bersyarat untuk vaksin itu dan keputusan berkenaan turut mendapat persetujuan anggota EU.

“Dengan kelulusan vaksin Moderna itu kita akan memperoleh 160 juta dos lagi,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) sebelum itu mengesyorkan kebenaran pemasaran bersyarat vaksin Moderna selepas menilai data mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.



EMA dalam satu kenyataan berkata vaksin berkenaan terbukti berkesan pada mereka yang berusia 18 tahun ke atas semasa percubaan klinikal melibatkan 30,000 orang, menunjukkan keberkesanan 94.1 peratus tanpa mengira jantina, bangsa atau etnik.

Mereka yang berisiko mendapat COVID-19 dan yang mempunyai sejarah penyakit kronik seperti paru-paru, jantung, obesiti, hati atau jangkitan HIV, keberkesanannya adalah sebanyak 90.9 peratus.

Sebelum ini, EU telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer dan BioNtech.

Setakat hujung tahun 2020, EU dan Britain mencatatkan lebih 17 juta kes COVID-19 sejak wabak itu melanda Eropah Februari tahun lalu dan 1.8 juta kematian dilaporkan, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.



Sementara itu, setakat 29 Disember 2020 sebanyak 232 calon vaksin masih dibangunan di seluruh dunia dengan 60 daripadanya sedang menjalani ujian klinikal di negara termasuk Jerman, China, Rusia, Britain dan Amerika Syarikat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Moderna setuju bekal 20 juta vaksin untuk Korea Selatan pada suku kedua 2021

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker