KEKASIH DISAHKAN POSITIF COVID-19 – SAKINAH DOAKAN SEGERA PULIH

Pelakon Sharifah Sakinah semalam telah berkongsikan khabar duka menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana kekasihnya yang merupakan lelaki warga Sweden, Michael Hansen disahkan positif Covid-19.

Dalam entri tersebut, adik kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah itu turut mendoakan agar kekasihnya itu segera pulih.

Difahamkan Michael kini berada Sweden selepas pulang menyambut perayaan Krismas bersama anak-anak. Dalam pada itu, Sakinah sempat berkongsikan rakaman teman lelakinya sedang memasak walaupun dijangkiti virus tersebut.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg



Image_5.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button