Kongres AS sahkan kemenangan Biden



07/01/2021 06:26 PM

WASHINGTON, 7 Jan — Kongres Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk memperaku kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden November beberapa jam selepas sesi bersama kedua-dua dewan tertangguh apabila penyokong Presiden Donald Trump menyerbu bangunan Capitol AS, lapor Agensi Berita Sputnik.

Biden memenangi pilihan raya presiden AS dengan margin undi pilihan raya elektoral 306 berbanding 232, meskipun mendapat bantahan berbelas-belas senator dan 100 anggota Dewan Perwakilan.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak cukup bagi menghalang Kongres mengesahkan keputusan itu atau menyekat Biden mengambil alih pentadbiran pada 20 Januari.



Pada Rabu, penyokong setia Trump menyerbu bangunan Capitol AS selepas Trump menyampaikan ucapan berkobar-kobar kepada puluhan ribu penyokongnya berhampiran Rumah Putih.

Trump dalam ucapannya menolak untuk mengalah dan menyeru penyokongnya terus berjuang untuk mengelak keputusan pilihan raya “dicuri”, dengan mendakwa terdapat banyak penipuan undi, tuduhan yang disangkal pegawai pilihan raya.

Biden mahu Kongres tambah dana rawatan COVID-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker