Mangsa banjir di Pahang meningkat 26,760

Keadaan rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Gudang Rasau, Kuantan. – NSTP/Asrol Awang

 

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 26,760 mangsa daripada 7,222 keluarga setakat jam 8.50 pagi tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di 276 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini.

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 22,897 orang daripada 6,222 keluarga yang berlindung di 280 PPS.

Setakat ini sebanyak 67 PPS dibuka di Temerloh, diikuti Lipis (39), Maran (35), Raub (33), Jerantut (31), Pekan (26), Kuantan (25), Bera (12) dan Rompin (lapan).

Temerloh merekodkan jumlah mangsa teramai setakat ini iaitu 10,189 mangsa membabitkan 2,744 keluarga, diikuti Kuantan 2,339 mangsa daripada 647 keluarga; Maran 3,678 daripada 1,005 keluarga.

Mangsa banjir di Pahang meningkat 19,527 orang di PPS

Keadaan taman permainan yang masih ditenggelami air di Taman Desa Bistari/Taman Impian Perdana, Kuantan. - NSTP/Asrol Awang

Keadaan taman permainan yang masih ditenggelami air di Taman Desa Bistari/Taman Impian Perdana, Kuantan. – NSTP/Asrol Awang

Keadaan rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Gudang Rasau, Kuantan. - NSTP/Asrol Awang

Keadaan rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Gudang Rasau, Kuantan. – NSTP/Asrol Awang

Rompin pula merekodkan 1,002 mangsa daripada 263 keluarga; Bera 1,255 daripada 333 keluarga; Raub 2,014 daripada 533 keluarga; Jerantut 2,066 daripada 538 keluarga; Lipis 2,528 daripada 664 keluarga dan Pekan 1,689 daripada 495 keluarga.

Laporan infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan enam sungai di negeri itu melepasi paras bahaya setakat ini iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang (Lubuk Pasu), Temerloh; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran.

Selain itu, Sungai Kuantan di Jalan Kuantan Pintasan, Kuantan serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan turut melepasi paras bahaya.

Keadaan rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Gudang Rasau, Kuantan. - NSTP/Asrol Awang

Keadaan rumah yang masih ditenggelami air di Kampung Gudang Rasau, Kuantan. – NSTP/Asrol Awang

Keadaan taman permainan yang masih ditenggelami air di Taman Desa Bistari/Taman Impian Perdana, Kuantan. - NSTP/Asrol Awang

Keadaan taman permainan yang masih ditenggelami air di Taman Desa Bistari/Taman Impian Perdana, Kuantan. – NSTP/Asrol Awang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker