Mangsa banjir di Perak Tengah meningkat 359 orang

IPOH: Daerah Perak Tengah merekodkan 359 mangsa daripada 100 keluarga setakat jam 9 malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan 4 PPS dibuka di daerah itu setakat jam 9 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, berkata setakat malam tadi juga, jumlah itu meningkat berbanding semalam iaitu 350 mangsa daripada 97 keluarga.

Katanya, PPS yang dibuka di Perak Tengah iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Aur, Bota Kiri menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas di Kampung Tanjung Aur.

“Bilangan mangsa yang ditempatkan di tiga lagi PPS membabitkan dua daerah kekal sama, iaitu masing 334 mangsa membabitkan 92 keluarga bagi daerah Hilir Perak dan 16 mangsa membabitkan lima keluarga di daerah Hulu Perak,” katanya.



Jumlah mangsa banjir Johor kini hanya 177 orang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button