Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Pemimpin UMNO

Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Pemimpin UMNO

Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Pemimpin UMNO

Kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, MKT, Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Malaysia.
Akar umbi UMNO mohon penjelasan dari kamu semua di atas.
Apakah pendirian line up di atas berkenaan keputusan semakan kehakiman DS Najib yang baru-baru ini telah ditolak mahkamah?
Apakah perancangan line up di atas untuk terus mendapatkan keadilan untuk DS Najib?
Jangan pandang rendah suara kami yang memilih kamu di atas untuk memulihkan UMNO dan memberi keadilan kepada insan yang banyak berjasa kepada UMNO.
Adakah jawatan dan habuan yang diterima dalam Kerajaan Perpaduan buat kamu membisu seribu bahasa?
Sebelum PRU 15, orang-orang yang terpekik terlolong mengenai isu ‘Rule of Law’ kini membisu seribu bahasa.
Kami berkempen dalam hujan dan panas untuk memastikan kamu yang berada dalam jawatan kerajaan perjuangkan apa yang kami mahukan.
DS Najib dianiayai dengan begitu kejam sekali!!!
Adakah kamu tega membiarkan DS Najib keseorangan dalam penjara tanpa melakukan apa-apa?
Kami yang naikkan kamu dan kami juga boleh jatuhkan kamu.
Kami tidak akan meninggalkan UMNO.
Jika kamu yang berada di atas gagal, tinggalkan rumah ini.
Biar kami akar umbi UMNO baiki dan pertahankan rumah ini.
Kami harapkan UMNO baru dengan muka-muka pejuang DS Najib yang berada di atas berani bersuara untuk membela DS Najib.
Jika kamu juga membisu, bermakna kegelian dengann kuasa telah membisukan kamu.
Anak harimau pandai berlari
Anak singa pandai menari
Jika suara kami tidak didengari
Janga menyesal di kemudian hari
Nyatakan pendirian kamu semua dengan jelas dan tuntas.
Jika tidak, kamu akan rasa kegagalan dalam kerajaan ini.
Yang ikhlas:
SUARA KERAMAT
KAMI BUKAN PAK TURUT
KAMI PEJUANG SEJATI
Komen penulis, jangan dipandang remeh keluhan akar umbi kerana tegaknya pucuk kerana akar.

Surat Terbuka Akar Umbi Kepada Pemimpin UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button