Kastam rampas rokok, minuman keras RM3.03 juta

Kastam rampas rokok, minuman keras RM3.03 juta

Kastam rampas rokok, minuman keras RM3.03 juta
Aidid (tengah) bersama sebahagian rokok putih dan minuman keras yang dirampas. – Foto ihsan JKDM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah merampas rokok putih dan minuman keras disyaki diseludup bernilai RM3.03 juta, termasuk cukai dan duti dalam dua serbuan, Oktober dan November lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Aidid Tajuddin, berkata serbuan pertama pada 31 Oktober lalu dilakukan ke sebuah gudang penyimpanan di Kawasan Perindustrian Rawang di sini.

Katanya, hasil risikan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) mengesyaki gudang itu dijadikan tempat menyimpan rokok putih dan seterusnya serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Zon Tengah Unit I (Kuala Lumpur).



“Dalam serbuan jam 10.20 pagi itu, pemeriksaan menemukan muatan berisi 300 peti rokok putih mengandungi 3.24 juta batang rokok dianggarkan bernilai RM377,400 membabitkan cukai dianggarkan RM2.17 juta.

“Muatan itu disimpan di aras bawah gudang dan dipercayai dibawa masuk melalui kontena daripada pelabuhan utama negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Beliau berkata, menerusi serbuan itu seorang lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis ditahan untuk membantu siasatan.

“Gudang itu dipercayai digunakan untuk menyimpan rokok seludup sejak tiga bulan lalu dan dalang disyaki menjadi pembekal utama di kawasan Lembah Klang.



“Ini kerana kuantiti rampasan yang agak besar dan lokasi gudang penyimpanan yang strategik. Usaha mengesan pemilik gudang serta kumpulan sindiket yang mendalangi kegiatan ini masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki apa-apa barang tak berkastam atau larangan import,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Aidid berkata jabatan itu merampas minuman keras yang cuba diseludup menggunakan sebuah kontena melalui Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 15 November lalu.

Katanya, pemeriksaan dalam kontena berukuran 12 meter itu menemui sejumlah kotak minuman keras berjumlah 22,464 liter bernilai RM130,300 dengan cukai serta duti dianggarkan RM864,000.



“Kotak minuman keras itu diletakkan di bahagian belakang muatan kontena dan ruangan hadapan diletakkan tin aerosol kosong bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Berdasarkan maklumat di dalam Borang Kastam 1, barang dagangan dalam kontena diikrarkan sebagai barangan menjahit, pita perekat dan stokin daripada negara jiran.

“Wakil perkapalan pula gagal mengemukakan dokumen berkaitan kelulusan pengimportan dagangan terbabit,” katanya.

Susulan pemeriksaan, katanya, seorang lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai ejen penghantar ditahan dan siasatan kes diteruskan termasuk mengesan syarikat atau ejen pengimport yang terbabit.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport atau mengeksport apa-apa barang tak berkastam atau larangan import,” katanya.

Dalam pada itu, Aidi berkata orang awam diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

Aduan juga boleh disalurkan menerusi laman sesawang aduan awam iaitu http://aduan.customs.gov.my atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.



Cubaan seludup 3 kontena minuman keras RM1.57 juta gagal

Kastam rampas rokok, minuman keras RM3.03 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button