Terima Kasih Pilih Aunty Jadi Mummy Awak

Hari ini, anak perempuan kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra menyambut ulang tahun kelahiran ke-11.

Bersempena hari cukup bermakna itu, tunang kepada Shuib yang juga usahawan, Watie Hanifiah membuat ucapan istimewa kepada Talita.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie mengucapkan terima kasih kepada Talita atau mesra dengan sapaan Dekta kerana sentiasa ada bersamanya.

Selamat ulang tahun doktor cinta aunty. Terima kasih selalu jadi penghibur dan peneman aunty ke mana pergi.

Terima kasih selalu backup dan menangis untuk aunty bila ayah (Shuib) jadi garang.

Terima kasih untuk segala rasa cinta dan kebaikan awak. Aunty sayang awak sangat-sangat.

Menerusi hantaran sama, usahawan berusia 38 tahun itu turut memuat naik video menyaksikan gelagat dia bersama Dekta.

Dalam masa sama, Watie turut berterima kasih kepada Dekta kerana sudi menerima dia menjadi bakal ibu baharunya.

Dan terima kasih memilih aunty untuk jadi ibu awak.

Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman Watie di Shah Alam, 6 Mei lalu.

Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun depan.

Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.
Namun, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2021 disebabkan Covid-19.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, serta Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Sumber: Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker