Debat Azalina-Izzah bakal cetus fenomena baru

Pertembungan dua figura politik

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Debat Azalina-Izzah bakal cetus fenomena baru

 



Debat antara Dato Sri Azalina Othman Said dan Nurul Izzah Anwar bakal cetuskan fenomena baru dalam arena politik tanahair.

Dua figura, dua prinsip politik dengan dua nada berbeza sudah tentu akan memberikan perspektif baru terhadap kehadiran wanita dalam arus perdana politik Malaysia.

Perjuangan yang menjadikan mereka ‘bermusuhan’ tetapi perjuangan juga menampakkan kemampuan mereka berdua mempengaruhi pemikiran rakyat.

Namun demikian, mahukah dua pemimpin politik ini bersemuka dan berbicara akan perjuangan politik parti bagi memberi bayangan kepada pengundi parti mana yang lebih baik untuk dipilih pada PRU15?



Azalina Othman Said
Dato Azalina Othman Said

 

Latar belakang Azlina –

  • Lahir 31 Disember 1963 di Johor Bahru (keturunan Bugis-bapa, Arab-emak)
  • Pendidikan awal di Convent Green Lane, P.Pinang
  • Kelulusan Diploma ITM
  • Kelulusan Master of Laws, United Kingdom
  • Ketua Puteri Umno pertama
  • Menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 2004-2008

Debat Azalina-Izzah bakal cetus fenomena baru

Latar belakang Nurul Izzah –



  • Lahir 19 November 1980
  • Pendidkan awal – tidak diketahui
  • Kelulusan Johns Hopkin University
  • Sarjana Muda Unversiti Tenaga Nasional
  • Naib Presiden PKR 2010-2018
  • Naib Presiden PKR Lantikan 2022

PENANDA ARAS PENCAPAIAN KAUM WANITA DALAM POLITIK PERDANA PERLU DIKETENGAHKAN

Kelantangan kedua-dua wanita ini akan dijadikan penanda aras kematangan politik kaum wanita Malaysia dan tidak rugi jika mereka berdua diberikan peluang sepentas dalam debat terbuka.

Mungkin Izzah mempunyai kekuatan dalam usaha beliau mencapai prinsip asal perjuangan PKR serta dukungan Pakatan Harapan dan mampu berhujah mengenai apa yang diperjuangkan PKR selama ini.

Namun demikian, matlamat asal penubuhan PKR ialah memperjuangkan Anwar Ibrahim dan memastikan beliau menjadi PM seperti diimpikan selama 22 tahun. 



Peluang telah diberikan kepada Pakatan Harapan selama 22 bulan untuk memerintah namun apa yang berlaku? Hanyalah perebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar.

Bagi Azalina pula, hujah beliau mungkin tertumpu kepada perjuangan Umno selama lebih 6 dekad dan khidmat BN kepada rakyat.

Namun demikian, Azalina perlu mengakui Umno juga ada dilanda konflik sewaktu memerintah dan kesannya, BN kalah pada PRU14.

Bagaimanapun “Storm in a cup” dalam Umno mampu diselesaikan secara baik dan tidak mengheret rakyat mahupun penyokong parti ke jalanan seperti apa yang berlaku di PKR.



 

MUDA hanya dapat kerusi “Cap Ayam”

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading