China mengorak langkah penting dalam program vaksinasi

08/01/2021 02:46 PM

BEIJING, 8 Jan — Program pemvaksinan terhadap golongan sasar di seluruh China berjalan lancar, selepas pemasaran vaksin COVID-19 keluaran negara itu diluluskan secara bersyarat pada hujung tahun lalu.

Perkembangan itu turut menarik perhatian media antarabangsa.



The New York Times dalam laporannya pada Khamis menyatakan vaksin China terbukti berkesan berdasarkan keputusan ujian klinikal. Ia secara tidak langsung memberi isyarat positif kepada penggunaan vaksin China secara besar-besaran di seluruh dunia.

Menurut laporan itu lagi, China bersikap terbuka terhadap kerjasama antarabangsa berkaitan vaksin, dan berjanji menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global.

BBC pula melaporkan, kelulusan vaksin berkenaan membolehkan negara berpopulasi paling ramai di dunia itu mengorak langkah penting dalam program vaksinasi.

Sementara itu memetik laporan Reuters, terdapat beberapa lagi calon vaksin keluaran China sedang menjalani ujian klinikal fasa ketiga. Ini memperlihatkan kesungguhan negara itu untuk membangunkan vaksin buatan sendiri.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button