CMI bincang dengan operator parkir


Foto: Facebook

08/01/2021 04:51 PM

GEORGE TOWN, 8 Jan — Perbadanan Ketua Menteri (CMI) sedang membuat perbincangan dan rundingan bersama pihak operator yang menguruskan kawasan meletak kereta berhampiran Persiaran Karpal Singh, bangunan Krystal Point dan berhadapan The CEO, Bukit Jambul.

Menurut kenyataan CMI, pihaknya sedang membuat perbincangan lanjut sebelum memuktamadkan terma serta syarat bagi pengurusan ketiga-tiga tapak letak kereta tersebut yang dipersoalkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

“Sepanjang tempoh perbincangan dan rundingan, orang awam dibenarkan menggunakan ketiga-tiga tapak meletak kereta berkenaan tanpa sebarang bayaran sehingga rundingan selesai,” menurut kenyataan itu hari ini.

Beberapa pihak termasuk Parti Gerakan Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan CMI menyerahkan pengurusan tempat letak kereta itu kepada pihak swasta.

Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong dilaporkan berkata terdapat 58 lot tempat letak kereta di Persiaran Karpal Singh yang dikendalikan oleh CMI telah diswastakan kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan rakyat negeri ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker