Elon Musk muncul individu terkaya dunia

08/01/2021 10:45 AM

SAN FRANCISCO, 8 Jan — Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih US$188 bilion, lapor agensi berita Xinhua.

Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua, menurut Bloomberg Billionaire Index.

Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih US$ 150 bilion.

Musk memegang kira-kira 20 peratus ekuiti Tesla. Beliau juga memiliki kepentingan sekitar 42 juta dolar US, menurut laporan SEC.

Saham Tesla naik 7.94 peratus pada Khamis, mencecah US$816 pada penutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *