KENA JANGKITAN KUMAN & PARU-PARU – SHAHRIZA MAHMUD MASIH KRITIKAL

“Hari ketiga di CCU. Cintaku Shahriza Mahmud masih dalam keadaan kritikal. Doktor sudah mengenal pasti jenis bakteria dalam sistemnya. Masih tak dibenarkan melawat dia. Ada lagi pesakit yang belum dapat keputusan ujian saringan Covid di wad ICU/CCU. Saya okey tapi saya sangat rindu awak.

“Saya perlu kuat untuk dia. Kalau bukan saya, siapa lagi?,” demikian tulis suami pelakon Shahriza Mahmud, Saddiq Raffali menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis dimana dia memaklumkan keadaan kesihatan isterinya masih tidak berubah apabila berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Putrajaya, Ahad lalu akibat demam panas selain meracau.

Saddiq, 40, juga meluahkan rasa kerinduan terhadap Shahriza, 55, memandangkan pelawat masih tidak dibenarkan masuk di hospital berkenaan. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dan rakan selebriti yang mendoakan agar aktres berusia 55 tahun itu cepat sembuh.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini, difahamkan Shahriza dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas sehingga menyebabkan dia meracau-racau. Dalam pada itu, Saddiq memberitahu isterinya dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke Unit Penjagaan Kritikal (CCU) kerana bimbang sekiranya dijangkiti Covid-19. Menurut Saddiq, doktor mengesahkan isterinya mengalami jangkitan kuman pada darah dan paru-paru.

“Suhu badannya 39.5 darjah selsius dan dia terus ditempatkan di Zon Merah. Pemeriksaan doktor mendapati ada jangkitan kuman pada darah dan paru-paru. Itu yang buat dia demam dan meracau. Tekanan darahnya juga tak stabil dan doktor kemudian memasukkan tiub bantuan pernafasan untuk memudahkan dia bernafas,” katanya.

Image_3.jpg

Sementara itu, Saddiq juag berkata Shahriza juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 selepas salah seorang penulis yang bekerjasama dengan isterinya dijangkiti wabak tersebut. Saddiq bagaimanapun bersyukur apabila diberitahu isterinya yang juga pelakon drama ‘Monalisa’ itu disahkan bebas daripada wabak tersebut.

“Mereka biasanya bekerja secara online sahaja, namun mereka ada berjumpa tujuh hari lalu untuk mesyuarat pembahagian tugasan. Salah seorang penulis yang terbabit disahkan positif Covid-19, pada keesokannya. Alhamdulillah, keputusan ujian Covid-19 negatif.

“Tolong teruskan sokongan dan doa anda untuknya. Tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa dia adalah pejuang. Dia akan berjaya mengatasi perkara ini,” ujarnya.

MASUK WAD – WANI COMEL KENA JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker