Lima pegawai MSN positif COVID-19


Datuk Ahmad Shapawi Ismail

07/01/2021 09:54 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Lima pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Beliau berkata mereka antara 75 pegawai dan ahli MSN yang menjalani ujian saringan pada Selasa setelah tujuh atlet dan seorang pegawai sukan dikesan positif semasa proses pendaftaran semula atlet baru-baru ini.

“Tiga daripada mereka terlibat semasa proses pengendalian pendaftaran atlet berkenaan dan dua lagi berkemungkinan mendapat jangkitan dari luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shapawi berkata kesemua yang disahkan positif tersebut sedang menjalani kuarantin diri di rumah masing-masing dan menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Kementerian Kesihatan.

“Pihak MSN juga telah mengarahkan pegawai (PUS) yang berkemungkinan mempunyai kontak rapat dengan pegawai yang telah disahkan positif agar menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 10 hari dan akan menjalani ujian saringan pada hari kesembilan untuk pengesahan bebas dari jangkitan,” katanya.

Tujuh atlet, seorang pegawai sukan positif COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker