“MENTAL KENA KUAT, AMBIL POSITIF” – KOMEN VOKALIS BARU IKLIM BILA DIBANDINGKAN DENGAN ARWAH SALEEM

Pada suatu ketika dahulu, kumpulan Iklim pernah menjadi fenomena dalam industri muzik namun kini semakin menyepi sejak pemergian vokalisnya, Allahyarham Saleem pada Oktober 2018. Selepas 17 tahun, Iklim kini tampil dengan single baharu berjudul ‘Mawar Kasturi’ yang dilancarkan pada November tahun lalu.

“Selepas permegian arwah Saleem, Iklim masih ada tapi hanya tukar vokalis baharu. Alhamdulillah kami masih lagi diterima, masih relevan dalam industri muzik, peminat yang lama-lama masih ingat kami. Kami cuba ikut perkembangan muzik terkini.

“Iklim akan terus berkarya selagi peminat menghargai karya-karya Iklim, kami gunakan formula yang sama pada tahun 90-an dulu,” kata kumpulan legenda itu.

Bila muncul sahaja vokalis baru, pastinya orang akan berbandingkan dengan vokalis yang sebelum ini. Ditanya berhubung perkara itu, ini jawab vokalis baru kelahiran Kota Bharu, Kelantan iaitu Mohd Azmani Mohd Isa.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Sebenarnya lagu-lagu Iklim ni dah sinonim dengan saya dari tahun 90-an lagi. Saya adalah salah satu peminta nombor satu Iklim. Bila dapat buat single ni, saya rasa banggalah sebab Iklim boleh terima saya.

“Memang mental saya kena kuatlah sebab ada perbandingan-perbandingan dengan yang lama. Saya tak ambil sangat dengan komen-komen yang negatif, saya ambil yang positif sahaja. Saya memang Iklim, saya memang jiwa Iklim,” tuturnya.

Kali terakhir Iklim menghasilkan album adalah Bunga Mas pada 2003. Untuk makluman, Isa yang bertindak menggantikan tempat Allahyarham Saleem sebagai penyanyi utama itu merupakan bekas penyanyi utama Kumpulan Kulit yang aktif di antara penghujung tahun 90-an dan terkenal dengan lagu ‘Kita Yang Tak Berdosa’.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker