MILLER KHAN NAFI ADIKNYA, ALIFF KRITIKAL: “DIA SUDAH OKAY & BEBAS DARI COVID-19”

“Dia sudah okay dan bebas dari Covid-19. Sekarang dia ada di rumah. Berita yang keluar itu lambat sebab saya memang simpan daripada pengetahuan media. Apa pun, dia stabil dan negatif. Dia dibenarkan keluar sejak 6 Januari lalu. Dia juga dalam proses pemulihan di rumah,” kata pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan.

Miller tampil menafikan adiknya yang juga pelakon di sana, Aliff Alli Khan, 29, berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.

Abang kepada pelakon Isa Khan itu ketika dihubungi di Jakarta berkata, Aliff sudah disahkan negatif wabak tersebut dan dibenar keluar hospital sejak kelmarin. Ditanya bagaimanakah adiknya boleh dijangkiti, Miller tidak mengetahuinya.

Terdahulu, media di sana melaporkan Aliff menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal. Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *