Polis kesan saksi perbicaraan kes dadah

08/01/2021 11:11 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Polis sedang mengesan seorang wanita tempatan yang juga saksi bagi membantu perbicaraan kes pengedaran dadah di Mahkamah Seksyen Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata wanita berkenaan adalah K. Karthirnee Nadarajah yang berusia 28 tahun dengan alamat terakhir di Lot 5430, Jalan Bernam, Parit 4, Sungai Burung, Sekinchan, Selangor.

Beliau berkata wanita berkenaan adalah saksi bagi perbicaraan kes mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Amyriul Naufa Mohd Yusoff di talian 0111-0176104 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis kesan dua saksi bantu siasatan kes dadah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker