Mayat remaja disyaki dibunuh ditemukan di kawasan semak berlumpur

Sandakan: Remaja perempuan ditemui mati disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat mangsa berusia 15 tahun ditemui orang ramai sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sejurus menerima makluman sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.



Katanya, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur.

“Siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh dan mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

“Susulan itu, seorang lelaki warga asing berusia 22 tahun ditahan berhampiran lokasi kejadian pada 12.30 tengah hari.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading