SMART selamatkan tiga remaja nyaris hanyut di Pasir Mas

09/01/2021 03:02 AM

KOTA BHARU, 8 Jan ) — Jeritan tiga remaja lelaki yang meminta pertolongan kerana nyaris hanyut dibawa arus deras ekoran banjir di Kampung Bakong, Pasir Mas, berjaya menyelamatkan mereka apabila diselamatkan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), hari ini.

Pegawai Operasi SMART Mejar Shahrul Nizam Jaafar berkata dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, jeritan kesemua remaja berkenaan didengari tiga anggota SMART yang sedang bertugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong.

“Kira-kira 300 ke 400 meter dari lokasi anggota bertugas, mereka terdengar suara orang menjerit meminta tolong dan melihat tiga remaja itu nyaris hanyut dibawa arus deras. Kemudian, anggota bertugas terus menaiki bot untuk menyelamatkan mereka.

“Operasi menyelamat itu mengambil masa kurang 15 minit dan kesemua mereka tidak mengalami kecederaan dan kini berada di PPS tersebut bersama keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, kesemua remaja berkenaan yang tinggal di Kampung Bakong merupakan rakan sekampung dan mereka cuba untuk menyeberangi ke PPS SK Bakong untuk menyelamatkan diri selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker