Air Selangor lancar makmal ujian meter air

Air Selangor lancar makmal ujian meter air

Air Selangor lancar makmal ujian meter air
PEMANGKU Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Abas Abdullah

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melancarkan Hydrolytics MetLab sebagai pusat inovasi metrologi bagi memastikan meter air yang baik daripada segi ketepatan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Abas Abdullah berkata, Hydrolytics MetLab adalah gabungan antara Meter Laboratory dan Data Analytics.

“Ia adalah satu-satunya makmal ujian meter air di Malaysia yang diakreditasi oleh Jabatan Standards Malaysia untuk menguji meter air bersaiz sehingga 200mm, berbanding makmal kebangsaan yang boleh menguji meter air bersaiz sehingga 80mm.



“Perasmian fasiliti ini adalah strategi Air Selangor untuk merekodkan penggunaan air yang tepat dan mengurangkan kemerosotan rekod penggunaan air pada setiap masa kepada pengguna yang semakin meningkat.

“Ia juga dapat membantu Air Selangor dalam usaha kami mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) serta membolehkan kami membuat keputusan yang tepat dan termaklum bagi meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?


Menurutnya, Air Selangor tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada haus dan lusuh (wear and tear) sesuatu meter serta amalan terbaik yang dipraktikkan sebelum ini sebagai asas untuk pertukaran meter air dengan menggabungkan data analitik dan data profiling meter air.

Hydrolytics MetLab adalah perintis di Malaysia dalam menyediakan kemudahan ujian untuk semua jenis dan saiz meter mengikut peraturan piawaian yang ditetapkan oleh International Organisation for Standardisation (ISO) dan International Organisation of Legal Metrology (OIML).



Pelancaran Hydrolytics MetLab memberikan pengalaman yang terbaik kepada 9.1 juta penggunanya di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Air Selangor lancar makmal ujian meter air


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker