TAK MAHU TERLALU TERBUKA – LOCA B AKUI SEORANG IBU TUNGGAL SEBELUM BERKAHWIN DENGAN TUJU

“Saya tidak mahu terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadi kerana ada perkara yang melibatkan keluarga saya yang tidak boleh dikongsikan kepada umum. Ada perkara yang memang saya simpan sendiri.

“Bagi saya, lebih baik saya tidak berkongsi daripada nanti ada pihak yang menganggu. Sekarang ini semua orang dah tahu la yang saya ada anak. Orang tak perlu tahu pun cerita yang lebih dalam mengenai kehidupan peribadi saya.

“Saya tak boleh nak kongsi banyak tapi sebelum saya dan Tuju berkahwin, saya adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak,” tutur penyanyi rap Loca B yang memilih untuk tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya kepada umum terutama melibatkan keluarganya kerana bimbang menerima gangguan daripada pihak tertentu.

Loca bagaimanapun mendedahkan dia adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang cahaya mata sebelum berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pada 24 November lalu, Tuju ketika muncul di program MeleTOP mengumumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Bintang Aiko.

Loca B juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Yusuf Alezander yang kini berusia lima tahun hasil daripada perkahwinanya terdahulu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Gila’ ini memberitahu meskipun sudah bergelar ibu lima tahun lalu, namun dia kini masih mencuba menyesuaikan diri semula selepas menimang cahaya mata baru hasil perkahwinan dengan Tuju.

Image_3.jpg

“Saya masih tengah nak susun semula jadual kerjaya dan keluarga tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sebab sekarang pun saya hanya fokus pada AJL.

“Bagi saya, kelahiran baby kali ini lain sebab saya dapat rasa menjadi seorang ibu semula. Kena belajar semula perkara asas sebagai seorang ibu.

“Sekarang saya bekerja, jadi agak sibuk. Ada masa bila kerja, saya dapat masa untuk diri sendiri. Bila di rumah, saya galas tanggungawab sebagai seorang ibu pula,” ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply