Wanita OKU dicabul teman lelaki kakak

Oleh – Syeikh Baran


Wanita OKU dicabul teman lelaki kakak
Seorang wanita dicabul teman lelaki kakaknya di tangga sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, di sini selepas pulang kerja, baru-baru ini. Gambar hiasan

Seorang wanita dicabul teman lelaki kakaknya di tangga sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, di sini selepas pulang kerja, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Nazruel Ekram Abu Saree berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa berusia 29 tahun yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) pelbagai telah diraba di bahagian dada dan kemaluan oleh suspek.



Katanya, siasatan mendapati, semasa kejadian mangsa terserempak dengan suspek di kawasan lif sebelum diajak meronda menaiki motosikal.

“Setelah selesai meronda, suspek telah mengajak mangsa untuk pergi ke tangga bawah rumah di belakang lif. Semasa di tangga suspek bertindak memeluk mangsa dari arah hadapan sebelum mencabulnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek lelaki tempatan berusia 38 tahun, kira-kira jam 8 malam Rabu di sekitar pangsapuri terbabit.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pencuci kolam itu mempunyai empat rekod lampau selain pemeriksaan telefon bimbitnya juga didapati menyimpan gambar dan video lucah.



“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan merujuk kepada memiliki gambar dan video lucah,” ujarnya.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button