USNO adakan AGM untuk pilih kepimpinan baharu 28 Feb

08/01/2021 07:58 PM

KOTA KINABALU, 8 Jan — Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk memilih kepimpinan baharu pada 28 Febuari depan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan USNO Pusat Datuk Nani Sakam (He) berkata semua bahagian yang terlibat diminta untuk sama-sama terlibat dalam proses pemilihan berkenaan.

“Tempat AGM berkenaan belum lagi kita putuskan dan akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Turut hadir Persiden USNO Ibrahim Linggam.

Beliau berkata semua ahli parti dialu-alukan bertanding dalam pemilihan berkenaan dengan mengikut syarat yang ditetapkan seperti telah menjadi ahli USNO selama lebih dua tahun dan bebas insolvensi daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Borang pencalonan bagi jawatan diperingkat bahagian boleh diambil di Pejabat Pusat USNO di Kota Kinabalu bermula hari ini dan tarih akhir penghantaran borang pencalonan ialah 14 Januari ini.

“Manakala borang untuk pemilihan jawatan diperingkat pusat boleh diambil bermula 22 Januari ini dan tarikh penghantaran pada 22 Febuari depan,” katanya.

USNO ditubuhkan pada tahun 1967, sebelum dibatalkan pendaftaran oleh abatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada tahun 1996. Namun parti didaftarkan semula pada tahun 2013.

Leave a Reply