BAM setuju jual tanah di Taman Maluri

10/01/2021 12:26 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebulat suara bersetuju untuk menjual sebidang tanah milik persatuan itu di Taman Maluri, Cheras di sini kepada Kumpulan Pendidikan Taylor pada harga RM52 juta.

Keputusan itu dicapai semasa Mesyuarat Agung Tahunan BAM ke-75 yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini hari ini.

Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ahli majlis bersetuju menjual tanah itu berikutan proses tender yang teliti dipengerusikan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Putrajaya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.



“Sejak kami berpindah ke kemudahan canggih di ABM, ahli majlis berfikir kami tidak akan menjalankan operasi sebuah sekolah swasta yang bukan perniagaan teras kami iaitu membangunkan lebih banyak pemain badminton selain daripada membina lebih banyak akademi di dalam negara,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan AGM itu.

Mohamad Norza kemudian menjelaskan mereka bersetuju menjual tanah itu kepada Kumpulan Pendidikan Taylor yang bersungguh-sungguh mahukan tanah itu menjadi miliknya selepas menyewa selama hampir 20 tahun.

Pada awalnya BAM beroperasi dari Taman Maluri pada tahun 1992 selepas berpindah ke beberapa tempat termasuk Bukit Jalil dan akhirnya ke ABM pada 2017.

Mengenai status pelantikan Robert Gambardella dari Amerika Syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ABM, Mohamad Norza berkata BAM akan membuat pengumuman mengenai perkara itu minggu depan.



Sebelum ini, BAM bersetuju untuk melantik bekas ketua Institut Sukan Singapura (SSI) itu sebagai CEO ABM dengan kontrak dua tahun dan warga Amerika Syarikat berusia 62 tahun itu sepatutnya mula menjalankan tugas pada 1 Ogos 2020, bergantung kepada kelulusan imigresen.

“Kerana (peningkatan kes) COVID-19 di negaranya dan umur beliau, Gambardella menghadapi masalah untuk datang ke Malaysia biarpun kami mengadakan beberapa perbincangan (dengannya), kata Mohamad Norza.

Penggantungan seumur hidup jadi pengajaran kepada pemain – Norza

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker