Hilang ketika pasang bubu, warga emas disyaki dibaham buaya

Hilang ketika pasang bubu, warga emas disyaki dibaham buaya

Hilang ketika pasang bubu, warga emas disyaki dibaham buaya
Pasukan SAR melakukan pencarian mangsa di Sungai Limbang. – NSTP/ ERIKA GEORGE

LIMBANG: Seorang lelaki warga emas hilang ketika keluar mencari rotan dan memasang bubu di Sungai Limbang berhampiran Kampung Ulak, dekat sini, dipercayai dibaham buaya.

Mangsa, Sahari Mail, 66, dikatakan ke sungai terbabit pada tengah hari semalam, namun disedari tidak pulang meskipun hari beransur gelap.

Bimbang sesuatu yang buruk menimpa mangsa, ahli keluarganya membuat laporan polis hari ini kerana bimbang mangsa dibaham buaya yang diketahui banyak terdapat di Sungai Limbang.



Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi tadi.

“Pencarian tertumpu di kawasan sungai dengan radius satu kilometer dari kawasan terakhir mangsa dikhuatiri hilang.

“Pasukan SAR turut melakukan pencarian di kawasan tebing sungai dan bukit-bukau berdekatan, namun sehingga jam 5 petang tadi mangsa gagal ditemui,” katanya.

Pencarian yang turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung akan disambung semula pagi esok.



Hilang ketika pasang bubu, warga emas disyaki dibaham buaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button